DILEMA WANITA BEKERJA
Oleh: Zainal Baharum

Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab berbagai aspek pembangunan negara seganding dengan kaum lelaki.

Pembangunan sebuah negara menjamin kebahagiaan hidup rakyat. Ia merupakan usaha menuju ke arah yang positif dan ke tahap yang lebih tinggi berasaskan konsep pembangunan bersepadu dari aspek fizikal dan spiritual.

Secara umumnya Islam tidak menghalang kaum wanita untuk melakukan pekerjaan yang baik di luar rumah sekiranya ia merupakan keperluan diri dan keluarga atau untuk masyarakat dan negara. Atas dasar keperluan inilah wanita-wanita pada zaman nabi Muhammad s.a.w. turut sama membantu keluarga mereka seperti mengembala, bertani, berniaga dan sebagainya. Sebagai contoh Asma' bt Abu Bakar bekerja sebagai petani yang membantu suaminya mengangkut hasil buah tamar dari ladang ke pasar yang jauhnya kira-kira 1.4km.

Islam menganggap segala pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki adalah ibadah. Ini kerana ajaran Islam tidak memisahkan mana-mana amalan manusia yang dilakukan dengan niat ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam maka ianya dianggapkan amal soleh.

Berdasarkan budaya hidup masyarakat Malaysia, penglibatan kaum wanita dalam tugas-tugas di luar rumah adalah perkara biasa. Adalah menjadi kebiasaan bagi wanita bekerja membantu keluarga sama ada sebagai petani, penternak dan peniaga. Penglibatan mereka dalam kerja-kerja seumpama ini tidak menimbulkan banyak masalah kerana kerja-kerja tersebut tidak terikat dengan berbagai peraturan sama ada dari segi masa, peraturan pejabat dan sebagainya.

BEKERJA
Permasalahan yang dihadapi pada masa kini ialah bagi wanita yang sudah bersuami dan mempunyai anak yang keluar bekerja sepenuh masa di samping terikat dengan berbagai peraturan perkhidmatan dan jabatan atas majikan yang mesti dipatuhi bagi menjamin masa depan masing-masing.

Wanita terpaksa mematuhi berbagai arahan pejabat sama ada dari segi kedatangan mengikut waktu atau mematuhi arahan di dalam pejabat atau di luar pejabat. Situasi seumpama ini kadangkala mempengaruhi emosi dan tekanan perasaan yang kadang-kala terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangga dan keluarga. Ada masanya suami atau anak-anak jatuh sakit, sedangkan isteri atau ibu terpaksa bekerja. Dalam situasi begini, wanita akan menjalan tugasnya dengan perasaan yang berbelahbagi dan gelisah. Keadaan ini akan mengganggu konsentrasinya terhadap pekerjaan. Kesimpulannya bagi kaum wanita yang menjawat jawatan akan merasa serba salah kerana terpaksa meninggalkan buat sementara tugas-tugas pengurusan rumahtangga yang mesti diuruskan. Masalah akan menjadi lebih gawat lagi apabila di rumah tidak ada pembantu yang sesuai atau tidak ada tempat asuhan kanak-kanak yang terjamin dan sempurna untuk menjaga anak-anak mereka.

Kegagalan sesebuah keluarga dan kurangnya perhatian ibu pada anak-anak lantaran kesibukan mereka di luar rumah sering dikaitkan dengan salah satu punca gejala sosial.

Dilema juga akan timbul apabila tugas wanita di luar rumah diberi penghargaan dan nilai yang lebih tinggi berbanding tugas-tugas di dalam rumahtangga. Sedangkan potensi tabiinya cenderung kepada penyelenggaraan tugas di dalam rumahtangga.

Situasi begini memaksa wanita untuk membuat pilihan sehingga ada antara mereka yang sanggup berpisah dengan suami dan anak-anak demi mengejar kecemerlangan kerjaya dan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan negara, dan tidak kurang pula antara mereka yang berhenti kerja kerana ingin memenuhi tanggungjawab menyelenggarakan tugas-tugas rumahtangga sahaja.

Dilema juga timbul akibat dari adanya pandangan sesetengah ulama tradisional terutama dari Timur Tengah dan Indo-Pakistan yang menafikan kebebasan ekonomi di kalangan wanita. Mereka berpendapat wanita adalah dilarang menceburkan diri dalam pembangunan ekonomi kerana perbezaan sifat semula jadi dengan lelaki. Bagi mereka tugas wanita hanyalah untuk menjadi seseorang isteri dan ibu dan penglibatan wanita dalam bidang perniagaan akan merosakkan fitrah dan sifat kewanitaannya serta bertentangan dengan fungsi semula jadinya.

Oleh kerana adanya pandangan seumpama ini, sebahagian kaum wanita merasa bersalah apabila menceburkan diri dalam pembangunan negara. Mereka terpaksa akur dengan adat yang telah lama dipegang dan pendapat golongan ulama ini, walaupun perlu untuk bekerja dan ingin turut serta dalam usaha-usaha pembangunan negara.

Suatu perkara yang harus direnungkan bersama ialah ada kemungkinan setengah ulama mengambil sikap bahawa tugas wanita hanyalah untuk menjadi isteri dan ibu ialah kerana budaya kerja yang terdapat di beberapa sektor pekerjaan seperti pelancongan, perkilangan dan sebagainya, tidak mencerminkan nilai-nilai yang murni dan tidak bersesuaian dengan ajaran-ajaran Islam seperti berpakaian menjolok mata dan tidak memelihara akhlak Islam.

Kemungkinan ulama tidak bermaksud menghalang wanita bekerja di luar rumah kerana Islam sendiri tidak pernah menghalang wanita bekerja, tetapi tindakan tersebut dibuat kerana suasana kerja yang ada pada hari ini di beberapa sektor bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Dilema juga mungkin timbul kerana pihak majikan terutama pihak swasta tidak cuba memenuhi keperluan dan suasana kerja yang sesuai dengan wanita malah sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Contohnya terdapat giliran kerja waktu malam untuk kaum wanita. Sudah tentu wanita yang terpaksa bekerja menghadapi dilema.

Suatu faktor lagi yang dianggap tidak kurang pentingnya ialah tanggapan sebahagian kaum lelaki bahawa tugas-tugas rumahtangga adalah tanggungjawab kaum wanita semata-mata dan lelaki berfungsi hanya sebagai ketua rumahtangga. Dalam hal ini, isteri yang keluar bekerja untuk membantu menambahkan pendapatan suami akan merasa seolah-olah pengorbanan mereka tidak dihargai dan kerja yang mereka lakukan hanya menambahkan beban yang tidak diwajibkan ke atas mereka.

Inilah antara faktor timbulnya dilema di kalangan wanita muslim dalam usaha mereka melibatkan diri dalam pembangunan negara.

PENYELESAIAN
1. Menyedari hakikat bahawa kebanyakan wanita yang keluar bekerja dan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan negara adalah kerana maslahan, pihak kerajaan seharusnya memastikan bahawa setiap jabatan kerajaan dan swasta ada tempat asuhan kanak-kanak semasa ibu-ibu mereka bekerja.

2. Kaum wanita seharusnya memilih kerja yang sesuai dengan fitrahnya seperti menjadi pendidik, doktor, jururawat dan seumpamanya. Wanita tidak seharusnya ghairah untuk berlumba dengan lelaki di dalam setiap bidang yang diceburi oleh lelaki. Penentuan keutamaan bidang yang patut diceburi oleh wanita adalah perlu. Ini penting kerana bidang pembangunan negara amat luas dan semakin mencabar sejajar dengan peningkatan taraf kemajuan sesuatu bangsa dan negara. Usaha ini juga penting untuk merangka kurikulum pendidikan yang sesuai untuk penglibatan wanita yang berkesan dalam pembangunan negara.

3. Wanita juga seharusnya menceburi bidang kerjaya yang memberikan ruang dan masa yang lebih untuk berdamping dengan suami dan anak-anak. Pastikan masa yang terluang digunakan sebaik-baik mungkin, supaya ia dapat memberi kesan yang positif dan bermanfaat.

4. Wanita muslim seharusnya insaf dan melihat bahawa fugsi pemupukan "Keluarga Bahagia" itu jauh lebih penting daripada fungsi di luar, terutama dalam persaingannya dengan lelaki dalam bidang-bidang yang memaksa seseorang itu mengorbankan fungsi asas mereka yang sepatutnya diberikan untuk kesejahteraan keluarga.

5. Wanita Muslim juga semestinya mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat seperti yang telah dijelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah supaya wanita tidak diperlakukan sewenang-wenangnya.

6. Dalam hal ini wanita seharusnya sedar bahawa tugas mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak adalah tugas yang amat penting untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga dan membina insan yang berakhlak mulia, jujur, rajin berusaha, tabah serta amanah.

7. Setiap wanita Muslim yang bekerja di luar rumah mesti mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para ulama; iaitu:

a) Memelihara kehormatan sebagai wanita, isteri yang setia dan ibu yang dimuliakan, apabila berada dengan lelaki di tempat kerja.

b) Tidak menjejaskan kehidupannya dalam rumahtangga sebagai seorang isteri yang mempunyai sifat lemah-lembut dan kasih sayang serta tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak, di samping bersifat lemah lembut dan kasih sayang.

c) Tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dengan memberi asas pelajaran yang baik terhadap anak yang masih kecil.

d) Tidak mempunyai sikap bahawa bekerja di pejabat sebagai jalan untuk melarikan diri daripada tugas sebagai surirumah yang dianggap membosankan.

8. Pihak majikan seharusnya menyediakan suasana kerja yang sesuai untuk wanita dan mewujudkan pengurusan yang betul dan sesuai dengan sifat-sifat kewanitaan.

9. Pekerja wanita, hendaklah berbudi pekerti tinggi, melaksanakan kerja di tempat dan keadaan yang jauh dari fitnah, agar kerja-kerja yang dilakukan tidak mengakibatkan skandal masyarakat dan akhlak.

10. Dalam hal-hal yang berhubung dengan kehidupan rumahtangga, kaum lelaki seharusnya mengubah sikap dan amalan mereka yang menyerahkan urusan rumahtangga hanya kepada kaum wanita. Memang benar dalam Islam, lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam kehidupan berumahtangga, namun begitu mereka seharusnya sedar bahawa di sana juga ada tugas dan tanggungjawab bersama. Dengan adanya sikap tolong menolong dan kerjasama antara suami isteri, dilema ini akan dapat di atasi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya wanita memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara. Mereka juga mengurus kerja rumahtangga dan mendidik anak-anak. Tugas ini secara tidak langsung adalah saham yang besar dalam usaha untuk membekalkan sumber manusia yang berkualiti untuk pembangunan negara.

Umumnya dilema penglibatan wanita dalam pembangunan negara dapat diatasi sekiranya cadangan-cadangan yang diutarakan tadi dapat dipertimbang dan dilaksanakan.

Pihak yang bertanggungjawab terutama majikan di sektor awam mahupun swasta sepatutnya peka terhadap keperluan pekerja wanita dan peranan mereka dalam tugas harian, tugas sosial dan tugas kekeluargaan mereka.

Kaum wanita sendiri terutamanya yang telah berumahtangga mestilah bijak menguruskan masa dan sentiasa menghormati tuntutan agama. Kaum lelaki pula seharusnya bertimbangrasa dan sama-sama bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana bahagia dalam rumahtangga kerana keluarga bahagia negara sejahtera

33 WANITA MENJADI MANGSA BOMOH
Oleh : Zulkiflee bin Abdul Latiff


Peristiwa dukun mencabul dan memperkosa wanita atau gadis dengan cara mendakwa mampu mengubati sebarang penyakit serta memenuhi impian mereka sudah berulang kali berlaku di Indonesia. Namun malangnya, peristiwa-peristiwa berkenaan tidak pernah dijadikan teladan oleh sesetengah wanita di nagara itu yang terus mengunjungi dukun-dukun dengan tujuan untuk mendapat pertolongan.

Akhirnya, pertolongan yang mereka harapkan tidak diperolehi, sebaliknya diri yang menjadi korban, bukan sekadar wang ringgit malah kehormatan diri turut tergadai. Itulah yang berlaku kepada 33 wanita di Cilacap, Jawa Tengah yang ditipu oleh Suryono @ Rastoni, 36, yang mendakwa seorang dukun handal yang mampu mengubat pelbagai penyakit serta dapat menjadikan mereka cantik, menarik dan menjadi perhatian ramai.

Kebodohan wanita-wanita berkenaan yang terlalu ghairah untuk memenuhi impian mereka telah memberikan kesempatan terbaik kepada Suryono untuk memperdaya wanita-wanita tersebut. Kesudahannya Suryono bukan sahaja dapat merasai kemewahan dengan memeperolehi wang daripada wanita-wanita tersebut malah juga kenikmatan batin hasil daripada memperkosa mereka.

Namun kenikmatan yang dirasai oleh Suryono tidak berpanjangan apabila lima daripada 33 wanita yang menjadi mangsanya membuat aduan kepada pihak polis. Wanita-wanita itu tanpa rasa malu mendedahkan secara terbuka kepada pihak polis bagaimana mereka terpaksa melakukan persetubuhan berulang kali dengan Suryono, kononnya bagi membolehkan permintaan mereka dikabulkan.

Perbuatan ini dilakukan dengan mengajak pelanggannya membaca doa wirid yang sebenarnya lebih mirip kepada jampi. Setelah selesai membaca jampi semua pelanggan disuruh tidur. Apabila semua sudah dibuai mimpi, Suryono akan mengejutkan salah seorang pelanggannya ke kamar mamdi atas alas an untuk mandi bunga. Setelah itu pelanggan diarahkan menanti disebuah bilik khas dan diikuti oleh Suryono yang mula memainkan peranannya. Suryono juga mengugut mangsa dengan mengatakan bahawa mangsa akan bertukar menjadi makhluk aneh atau mati dalam keadaan mengerikan sekirannya tidak melayannya. Ancaman Suryono itu betul-betul menakutkan wanita-wanita tersebut.

Namun begitu seperti mana yang telah termaktub dalam hukum karma, kejahatan tidak selamanya boleh ditutup dari menjadi kenyataan. Perbuatan jahat Suryono terbongkar hasil pengaduan lima wanita yang menjadi mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah Majenang, Leftenan Muda Suratno pula berkata, jumlah pelanggan Suryono sememang banyak kerana dia dikenali pandai mengubat pelbagai penyakit. Selain itu katanya, dukun itu juga dikatakan mampu memenuhi semua harapan pelanggan,

Antarannya termasuklah memasang susuk , memberikan tangkal agar cepat dapat jodoh serta cepat kaya, jesteru itu tidak hairanlah dia sering mandapat perhatian dan dikunjungi oleh orang ramai yang sebahagian besarnya adalah wanita.

Beliau berkata bahawa selama ini kegiatan Suryono tidak dapat dikesan kerana pelanggan-pelangan tersebut diugut agar merahsiakan perkara tersebut dengan alasan keinginan mereka akan termakbul. Disebabkan itulah maka mangsa-mangsa tersebut mengambil keputusan mendiamkan diri walaupun mereka sebenarnya ragu-ragu.

Kini Suryono sedang ditahan di lokap polis Cilakap. Dia akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencabul, menipu dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Bagaimanapun penahan Suryono sudah tidak lagi bererti kepada sesetengah wanita yang telah menjadi mangsanya, namun begitu mereka berharap dukun berkenaan menerima hukuman seberat-beratnya. Kesilapan mereka memohon pertolongan selain daripada Allah dan tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh-Nya telah mengakibatkan mereka merasai kesengsaraan , mungkin untuk sepanjang hayat.

RUJUKAN Zulkiflee Bakar, Mingguan Malaysia, 5 Mac 2000

Beauty - A state of mind
Compiled by Latifah Abdul Rashid

Beauty comes from within, a feeling of well-being; a zest for life, feeling and looking good coupled with the contributing factors of good bone structure, skincare, make-up and beauty aids.
A part from actual bone structure, your face is made up of muscles, fats, and fluids. You cannot stop skin from losing elasticity. It is a natural part of the age in process and although you cannot stop it, you can slow it down by regular cleansing and protection with good skincare.
According Basic Beauty Book, Your Guide To Skincare, no one's skin a 100% clean from one moment to the next. Therefore, regular cleansing and protection is very important to healthy looking skin. We need to remove approximately 5 types of dirt from our skin :
1. Perspiration
2. Excess oil from the sebaceous glands.
3. Dust
4. Dead Cells
5. Make-up

We have to protect our skin everyday from weather changes - hot, cold, dry and air-conditioning by using the right product regularly, morning and night to give your skin the care it needs.
This, is what good skincare is all about. As different types of skin vary with different age group; we need different products to help us look our best.
Different type of skin vary with different age group
20 - 30 years : Normal, dry, oily/problem.
40 - 50 years : Normal, dry, oily
60 and above : Very dry.
A good skincare programme not only makes the skin fell good, it also improves texture and clarity.

SIDANG REDAKSI BAHASA WANITA PENDIDIKAN AGAMA ALAM SEKITAR 

KE LAMAN UTAMA