Murid
memerlukan bimbingan guru dalam membentuk warga berwawasan pada masa depan.
Permintaan supaya guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha
menyampaikan ilmu dan menunaikan tanggungjawab masing-masing adalah harapan
majoriti rakyat yang mencintai keamanan dan kemakmuran. Guru juga diminta
berhenti daripada melakukan kegiatan tidak profesional seperti menyebarkan
fitnah dan menghasut pelajar supaya membenci dan menentang kerajaan.
Seruan itu wajar difahami oleh guru, apatah lagi ia adalah teras wawasan Pendidikan yang ditunjangi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Malah ia termaktub dalam tatasusila profesion perguruan Malaysia. Tiada seorang guru pun yang sepatutnya mempersoalkan kawajaran permintaan dan seruan itu kerana apa yang diminta berkait langsung dengan matlamat dan etika profesion yang disepakati bersama, atau sekurang-kurangnya dengan kandungan perjanjian perjawatan yang dipersetujui.
Sepatutnya tiada seorang guru pun yang menganggap dirinya terkecuali daripada berusaha menunaikan permintaan dan menyahut seruan majoriti rakyat jika masih mahu mengakui dirinya seorang profesional yang bermaruah, beretika dan iklas menunaikan amanah dan tanggungjawab. Sememangnya malang bagi sesuatu profesion jika ada anggotanya tidak memahami falsafah, fungsi dan matlamat profesionnya.
SIDANG REDAKSI BAHASA WANITA PENDIDIKAN AGAMA ALAM SEKITAR KESIHATAN