Cozaar kurangkan risiko penyakit
Oleh : Halmi Samad

KEBERKESANAN Cozaar (losartan potassium tablet) sebagai ubat yang diguna atau dicadangkan doktor bagi mengatasi masalah tekanan darah tinggi, sering dipertikaikan umum.

Ada pendapat menyatakan Cozaar memberi pelbagai kesan sampingan. Ada pula yang menyebut captopril, juga ubat mengatasi tekanan darah tinggi, lebih berkesan kerana ia juga menimbulkan kesan sampingan.

Justeru, untuk mengatasi masalah itu, kajian menyeluruh digelar ‚Losartan Heart Failure Survival Study (ELITE II) dibuat terhadap 3,152 pesakit bagi menilai sama ada Cozaar yang turut digunakan secara meluas di kalangan penghidap hypertension, lebih hebat daripada captopril atau pun angiotensin-converting enzyme (ACE).

ELITE II dijalankan sesudah kajian ELITE tidak menghasil keputusan positif sekalipun ketika itu Cozaar didapati lebih berkesan daripada captopril di segi kesan sampingan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu ELITE II, Dr Bertram Pitt merumuskan pendapat bahawa ELITE II tidak memberi satu petunjuk nyata mengenai kelebihan Cozaar daripada Captopril.

Bagaimanapun kajian itu mendapati Cozaar tidak memberi kesan sampingan yang hebat berbanding Captopril,€ kata Dr Pitt kepada tele-persidangan terus menerus dari Atlanta ke Subang Jaya, baru-baru ini.

Pakar perubatan dan juruperunding Kardiologi Pusat Perubatan Pantai serta Hospital Sentosa, Dr Khoo Kah Lin, pula bersetuju dengan pendapat Presiden Merck Research Laboratories, Dr Edward M Scolnick.

Dr Scolnick menegaskan bahawa Cozaar didaftarkan mengguna tanda perniagaan El du Port de Nemours & Company Incorporation yang berpangkalan di Wilmington, Amerika Syarikat; adalah ubat paling baik untuk pesakit darah tinggi.

Ketika ini, lebih enam juta daripada 50 juta pesakit darah tinggi di Amerika menggunakan Cozaar sebagaimana yang dicadangkan pakar perubatan. Buat masa ini, lebih 100 juta penduduk dunia menghidap penyakit berkenaan.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Dr Edward kerana Cozaar sudah lama digunakan di rantau Asia Tenggara. Saya dapati Cozaar kurang memberi kesan sampingan,€ katanya.

Sebelum ini, kajian ELITE menunjukkan Cozaar mengurangkan risiko kematian sebanyak 46 peratus, risiko kematian atau terpaksa dirawat di hospital kerana serangan lemah jantung (32 peratus) dan kematian mengejut (64 peratus).

Kepada satu soalan, Dr Pitt berkata, pihaknya menetapkan hanya pesakit berumur 60 tahun ke atas dan menghidap penyakit lemah jantung sebagaimana disyaratkan Persatuan Klasifikasi Jantung New York (NYHAC) boleh mengikuti kajian ELITE II.

Sepanjang kajian itu, 1,578 pesakit mengambil 12.5mg Cozaar secara rambang setiap hari dan jumlah itu dinaik kepada 25mg pada minggu berikutnya sehingga ia mencapai 50mg.

Sejumlah 1,574 pesakit menggunakan Captopril bermula dengan 12.5mg sebanyak tiga kali sehari. Jumlah itu dinaik kepada 25mg dan 50mg (kedua-duanya tiga kali sehari) pada minggu berikutnya.

Setakat ini, Cozaar sudah diluluskan penggunaannya di 80 negara bagi mengubati hypertension dan lemah jantung di 26 negara.

SIDANG REDAKSI  PENDIDIKAN  AGAMA  WANITA  ALAM SEKITAR  POLITIK  AM  HIIBURAN  KESIHATAN  PELANCONGAN

KE LAMAN UTAMA