TIGA JAWATAN UMNO DIMENANGI TANPA BERTANDING
oleh: Ahmad Fuad Yahya


KUALA LUMPUR: Tiga jawatan utama dalam pemilihan Umno pada Mei ini telah secara rasmi dimenangi tanpa pertandingan berikutan bilangan pencalonan yang diterima oleh calon-calon utama telah melebihi had yang membolehkan calon lain mendapat cukup pencalonan bagi melayakkan diri untuk bertanding.

Jawatan-jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan ketua pergerakan pemuda.

Setakat ini (ketika berita ini ditulis), Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang dicalonkan semula bagi jawatan presiden memperolehi 137 pencalonan berbanding pencabar tunggalnya, pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah satu pencalonan daripada bahagian Tanah Merah.

Beliau mencapai 116 pencalonan pada 26 Mac lepas dan sekali gus menjadi calon tunggal layak bertanding bagi jawatan presiden.

Bahagian-bahagian telah mematuhi nasihat Majlis Tertinggi Umno supaya mencalonkan Dr Mahathir untuk jawatan berkenaan bagi memastikan tiada pertandingan untuk dua jawatan utama parti, presiden dan timbalan presiden.

Tengku Razaleigh telah gagal memperolehi 50 pencalonan yang diperlukan bagi melayakkan beliau untuk bertanding jawatan itu sebelum semua bahagian menyelesaikan mesyuarat mereka akhir bulan ini.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga secara rasmi tidak rasmi menang tanpa bertanding setelah mendapat lebih 133 pencalonan. Ini kerana calon yang ingin bertanding untuk jawatan itu tidak lagi berpeluang mendapat 33 pencalonan bagi melayakkan mereka bertanding.

Calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden ialah Tengku Razaleigh yang mendapat dua pencalonan iaitu dari bahagian Tanah Merah dan Pasir Mas.

Bagi jawatan ketua pergerakan pemuda Umno, pemangku ketua Datuk Hishammuddin Hussein menang tanpa bertanding selepas memperolehi lebih 133 pencalonan berbanding calon lain iaitu ketua pergerakan pemuda bahagian Tanjong, Raja Munir Raja Mustapha yang hanya mendapat satu pencalonan.

Ini kerana Raja Munir setakat ini hanya menerima satu pencalonan iaitu daripada bahagiannya sendiri.

Bagaimanapun, pertandingan sengit ialah bagi jawatan naib presiden, ketua pergerakan wanita, naib ketua pergerakan wanita dan naib ketua pergerakan pemuda Umno.

Setakat ini sembilan daripada 17 calon bagi jawatan naib presiden Umno telah melepasi syarat pertandingan daripada 165 bahagian semuanya.

Calon-calon itu ialah penyandang Datuk Seri Najib Razak, Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Abu Hassan Omar, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Mohamed Isa Samad, Datuk Seri Syed Hamid Albar, penyandang Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Datuk Rais Yatim, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh.

Tajol Rosli telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti nanti.

Bagi jawatan ketua pergerakan wanita Umno, kedua-dua calon, penyandang Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk Seri Rafidah Aziz sudahpun melepasi syarat kelayakan 33 pencalonan bagi mereka terus meningkat kerana tiada calon lain yang diketengahkan setakat ini.

Calon jawatan ini memerlukan 33 pencalonan dan Rafidah kini memperolehi 64 pencalonan sementara Siti Zaharah 46 pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua pergerakan wanita, dua daripada calonnya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan Ainon Khariyah Mohd Abas sudah melepasi kelayakan bertanding sementara penyandang Datuk Napsiah Omar gagal melepasi syarat kelayakan bertanding.

Bagi jawatan naib ketua pergerakan pemuda Umno, calon Zein Isma Ismail turut layak beliau bertanding menentang Abdul Aziz Sheikh Fadzir setelah mereka mendapat lebih 26 pencalonan. Dua lagi calon Mustapha Khalid dan Zahidi Abidin masih belum memperolehi pencalonan yang secukupnya iaitu 26 untuk melayakkan diri bertanding.



CHINA'S BILATERAL WTO NEGOTIATIONS ENTER CONCLUDING STAGE

Compiled by: Ahmad Fuad Yahya

BEIJING - Bilateral negotiations between China and members of the World Trade Organization (WTO) have entered the concluding stage with only 10 WTO members left for a bilateral agreement.

The 3rd Session of the 9th National People's Congress (NPC) said that China has already reached bilateral agreements with 27 WTO members. A total of 37 WTO members have requested to hold bilateral talks with China.

The process of China's entry into the WTO is being accelerated. Of the remaining 10 WTO members with which China is to reach an agreement, most have concluded or almost concluded negotiations with China, and are waiting for the signing of agreements. 

Pascal Lamy, trade commissioner of the European Union, will come to Beijing in the week beginning March 27 and hold talks with Shi to finalize a China-EU agreement.

China pays great attention to the talks with the EU and hope that the two sides can in the coming round of talks complete negotiations on the basis of equality, mutual understanding and mutual accommodation, and reach an agreement.

Over the past several months, China and the EU held two rounds of WTO talks in Brussels and Beijing respectively. Those talks have resulted in "important progress."

There are now few remaining issues to be resolved between the two, except what China cannot promise to any WTO member.

China's bid to enter the WTO and its predecessor has lasted 14 years. It reached a bilateral agreement with the United States last November, and since then with many other WTO members over the past several months.

The United States Congress has yet to vote on giving China a Permanent Normal Trade Relations (PNTR) status. Shi said that a PNTR without any conditions is the basis and prerequisite for carrying out the China-U.S. WTO agreement, the China-US agricultural agreement included, and what the U.S. has promised.

If the United States failed to do so, it would mean that it has lost a huge market and given the chances to its competitors. The United States and its companies will suffer the most.

 

SIDANG REDAKSI PENDIDIKAN AGAMA WANITA ALAM SEKITAR POLITIK AM HIIBURAN KESIHATAN PELANCONGAN

KE LAMAN UTAMA