Make your own free website on Tripod.com

MEMPERTAHANKAN MARUAH PERGURUAN  

Oleh Nazri Faiz Zainal         

Murid memerlukan bimbingan guru dalam membentuk warga berwawasan pada masa depan.  Permintaan supaya guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha menyampaikan ilmu dan menunaikan tanggungjawab masing-masing adalah harapan majoriti rakyat yang mencintai keamanan dan kemakmuran. Guru juga diminta berhenti daripada melakukan kegiatan tidak profesional seperti menyebarkan fitnah dan menghasut pelajar supaya membenci dan menentang kerajaan.

Seruan itu wajar difahami oleh guru, apatah lagi ia adalah teras wawasan Pendidikan yang ditunjangi oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Malah ia termaktub dalam tatasusila profesion perguruan Malaysia. Tiada seorang guru pun yang sepatutnya mempersoalkan kawajaran permintaan dan seruan itu kerana apa yang diminta berkait langsung dengan matlamat dan etika profesion yang disepakati bersama, atau sekurang-kurangnya dengan kandungan perjanjian perjawatan yang dipersetujui.

Sepatutnya tiada seorang guru pun yang menganggap dirinya terkecuali daripada berusaha menunaikan permintaan dan menyahut seruan majoriti rakyat jika masih mahu mengakui dirinya seorang profesional yang bermaruah, beretika dan iklas menunaikan amanah dan tanggungjawab. Sememangnya malang bagi sesuatu profesion jika ada anggotanya tidak memahami falsafah, fungsi dan matlamat profesionnya.



 

SIDANG REDAKSI BAHASA WANITA PENDIDIKAN AGAMA ALAM SEKITAR KESIHATAN 

KE LAMAN UTAMA